Aku jadikan susu manusia utk anak manusia dan Aku jadikan susu haiwan utk anak haiwan...

cinta antara kami

cinta antara kami
semoga kemesraan ini kekal berpanjangan

welcome

Selamat datang kepada mereka yang sudi menngunjungi blog ini. Terima kasih daun keladi.lain kali datang lagi ye?
Lilypie Breastfeeding tickers
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"

Sunday, October 31, 2010

Adam jatuh tersembam di educare

Sangat terkejut bila dapat berita Adam jatuh di nursery..Allah je tahu macammana perasaan masa tu..masa tu baru je nak masuk bilik exam..tapi dah dapat berita macam tu memang masuk gak la bilik exam tu just bagitahu lecturer dan keluar ikut ayah adam hantar adam ke HKL..sangat sedih kerana pihak nursery tidak mengiringi adam ke HKL..mereka just nak lepas tangan walaupun bila dikata kepada mereka dengan perkataan tu mereka cuba menafikan..memang xpuas hati dengan penjelsan diorang..ikutkan hati mahu je saman diorang ni..sampaikan doktok nak bercakap dengan pengasuh yang jaga adam time tu pun susah..xsangka macam ni layanan educare ke atas kami..dah la buat adam macam ni pastu buat xtahu pulak.
Mulut adam berdarah..awalnya doktor kat kecemasan cakap maybe kene jahit,tapi selepas refer ke dentist,dia cakap boleh tampal..tapi 2minggu pastu kene datang lagi..
Alhamdulillah sekarang adam xde ape2..tapi masih kene pantau tengok tingkah laku dia coz kita xtahu apa yang berlaku kat bahagian dalam..huhu

Sunday, July 11, 2010

Adam masuk nursery

Dekat sebulan setengah jugak la bayar nursery Adam..tapi bayar je..adam mama dia jaga..hehe ni kes sayang nak lepas anak..last2 semalam baru try letak..al maklumla..masa dah suntuk..next week dah start kelas..nak tahu apa hasilnya?Adam buat mogok lapar..hantar 9.30..amik 12.30..susu 3 botol xluak pun..pengasuh cakap Adam buat buih2 je..tak mo minum..huhu
pagi masa nak hantar tu Adam dah buat muka..dia duk pusing ke arah lain dan termenung..malam tu lagi dah cakap kat Adam yang dia nak kene hantar nursery..nampaknya memang dia faham la..
mama dia ni pukul 4pagi dah bangun dah..pastu xtido dah..xlena mengenagkan ank bujang sorang ni nak masuk nursery..
Adam balik dari nursey tu tak ade la pulak dia tunjuk gaya2 lapar..huhu biasa je..kita plak yang offer..dia minum pun kejap je..tak puas hati betul la dengan Adam ni..balik tu dah slow talk dengan dia bagitahu kenapa dia perlu di hantar ke nursery..nampak gaya macam faham..dia tenung mata mama dia ni dalam2..sedey tul.."sebenarnya mama dia nangis..hehe"
hope isnin ni Adam lebih bersedia..tak buat mogok lapar dah..huhu

Thursday, July 8, 2010

BILA BABY BOLEH START SOLID FOOD?

Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia

Jika bayi anda telah mencapai umur empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) dan mempunyai tanda-tanda berikut, maka anda bolehlah mula memberinya makanan pejal :
  • Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.
  • Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.
  • Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.
  • Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.
  • Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.
  • Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
  • Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.
  • Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.
  • Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.
Kenapa Perlu Tunggu?

Kebaikan Untuk Bayi :
  • Sistem penghadaman bayi yang berusia kurang enam bulan belum matang dan dia tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna menyebabkan masalah seperti bayi muntah, sembelit dan juga cirit-birit.
  • Lebih awal bayi diperkenalkan dengan makanan lain selain daripada susu ibu, lebih mudah bayi tersebut berkemungkinan mendapat alahan atau alergi terhadap makanan tersebut.
  • Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dapat mengurangkan risiko gastrointestinal, pernafasan dan jangkitan telinga pada bayi.
  • Bayi yang berusia lebih enam bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti mencapai makanan jika masih mahu makan atau berpaling jika sudah kenyang.
  • Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil.
  • Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai.
  • Menyuap makanan pejal kepada bayi yang belum duduk adalah lebih sukar dan kadang-kadang mengecewakan bayi dan anda sendiri.
Kebaikan Untuk Ibu Yang Menyusu:
  • Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih lama akan mudah menurunkan berat badan.
  • Cara semulajadi untuk menjarakkan kelahiran kerana haid datang lebih lambat.
  • Bekalan susu ibu yang lebih stabil.
ditulis oleh cayang ummi dari RATU HATI..
INFO dari HANA, salah seorg rakan ayu di SI.com n RH n FB.. (ni hasil penulisan beliau ye ^_^)

Masa paling sesuai untuk introduce solid food adalah time umur 6 bulan. Walaupun ada sesetengah buku tulis start time 4 bulan, better wait till 6 months, sebab time tu usus dia dah matang.

RESEPI UMUR 6 BULAN

guna teknik 3-4 days rules. Mean kenalkan satu2 jenis makanan tu selama 3-4 days to rule out allergy.

Hari 1-3: air kanji nasi
Ambik air nasi yg mendidih tu, bagi minum, bagi dalam 4-5 sudu jer. Ini petua
org tua2 nak intro solid kat baby
Hari 4-7 : bubur nasi
Hari 8-11 : bubur nasi + kentang
Hari 12- 15 : bubur nasi + carrot
Hari 16-19: bubur nasi +bayam
Hari 20- 23: bubur nasi + bilis
Hari 24-27: bubur nasi+kentang+ carrot
Hari 28-31: bubur nasi+kentang+carrot+bilis
  • Time 6 bulan ni, saya tapis semua makanan. Ada org suka blender, tpi saya prefer tapis dengan penapis.
  • Ikan bilis tu kalau boleh cari yg warna putih (less salt). Kalau takde pun ikan bilis biasa tu, rendam lama skit, biar hilang masinnya. Goreng sangai (tanpa minyak), then blend kering sampai halus. Simpan buat stok.
  • Beras pun blend kering dulu. Bila masak tu senang dia hancur, tak susah sangat nak tapis.
    Ingat.. No sugar, no salt for baby below 1year.
RESEPI 7 BULAN

BREAKFAST
1) Puri kentang
  • Rebus kentang (buang kulit dulu) hingga empuk.
  • Kemudian, lecek2kan dia hingga hancur.
  • Campurkan sedikiit perahan susu ibu untuk menghaluskan lagi teksturnya.

2) Puri carrot (sama mcm puri kentang)

3) puri brokoli

4) puri bayam (Boleh juga dicampur adukkan sayur-sayuran diatas untuk dijadikan puri sayur campur)

5) puri epal

6) puri pisang (pisang tak perlu dimasak)

7) puri betik

LUNCH

1) Bubur+sayur+bilis
  • Penyediaannya sama macam resepi 6 bulan, tapi tak perlu blend dah.
  • Just masak dan lecek2kan sampai halus.
2) bubur+ sayur + ikan
  • masak bubur bersama sayur, dan lecek.
  • Ikan direbus (potong kiub untuk memudahkan, bila masak, sejukkan sebentar dan blend (blend basah)
  • Campurkan bubur dan ikan.
3) bubur+sayur+ ayam/daging (sama macam resepi ikan)
  • Nak menyedapkan lagi, goreng bawang dengan sedikit minyak, taburkan atas bubur.
  • juga boleh ditaburkan dengan daun bawang & daun sup untuk menambahkan aroma.
RESEPI 8 BULAN

BREAKFAST
1) oat+ kismis/kurma
  • didihkan air (anggaran 1 mug), masukkan 2 sudu besar oat (original/organic).
  • masak sampai kembang.
  • Cubit2kan kismis/kurma, dan campurkan dalam oat yg siap dimasak...
2)Oat + bilis (sama cam atas)

3) puri sayur @ puri buah
LUNCH
1)nasi lembik + sayur + ikan/daging/ayam
  • Masak nasi lembik.
  • Tumis sedikit bawang merah,bawang putih dan halia dengan sedikit minyak (prefer minyak zaitun), bila naik baunya, campurkan dengan sedikit air, bila air mendidih, masukkan ayam/ikan/daging dan masak sehingga empuk. Masukkan sayuran dan masak hingga empuk.
  • Cara makan : boleh dimakan berasingan, nasi + sup gaulkan sekali nasi dan sup.
TEA-TIME
1) kentang + bilis
  • rebus kentang hingga lembut.
  • Lecek halus dan gaul dengan sedikit serbuk bilis.
  • Kepal2kan dan suap baby (macam kuih keria yg tak dimasak)
2) Roti + susu
  • ambil sekeping roti (prefer roti gardenia,kalau dapat roti yg kandungan gula kurang lagi bagus)
  • rendam dalam perahan susu ibu(sedikit sahaja untuk melembutkan), dan terus dimakan.

    TIPS
****Dan lagi satu, agak renyah nak masak sikit2 pagi2 ni. Puan2 boleh sejukbekukan makanan baby. Macam saya, after masak, time panas2 tu, saya simpan dalam bekas dadih 6oz. Masuk terus dlm freezer (bhgn beku), Ikut kajian, tahan sampai 2 minggu. Bila nak masak, boleh panaskan guna microwave, tapi saya lebih suka masak guna api. Letak sedikit air panas dan biarkan bubur tu cair sepenuhnya. ****

Monday, July 5, 2010

baby eksklusif breastfeed tak perlu air masak

Untuk 6bulan penyusuan susu ibu secara eksklusif baby tak memerlukan air masak.Di dalam susu ibu 88% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada
susu awal (foremilk) untuk hilangkan dhaaga&susu akhir
(hindmilk) untuk megenyangkan bayi.Naluri semulajadi manusia minum
kerana dahaga,maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada
bayinya melalui susu awal (foremilk)yang mengandungi lebih air&laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandugan lemak
tinggi) yang akan mengeyangknya.

 

mitos benar pasal air masak dan formula bagi bayi kurang 6 bulan;

1. Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kpd pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.

2. Tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat..

3. Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit.

4. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

5. Bayi yang menghidap jaundis, air yang terlalu banyak boleyh merencatkan akal manakala bagi yang berusia di bawah 5 minggu, air terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, mengakibatkan suhu badan jadi rendah, kembung dan sawan tarik.

Sunday, July 4, 2010

gambar2 terbaru..hehe

gambar chest freezer brand media rm650 kat kedai letrik area sri gombak..kene rajin usha2 kat situ nak dapat the best prize..hehe harga asal yang dia letak kat freezer ni kalau xsalah rm800+..


 susu yang baru di perah..rezeki untuk adam..simpan buat stok tuk masuk nursery nati..



ni gambar dari atas..sempat tumpang buat ais..hehe barang2 lain kat peti ais 1 lagi..yang ni asing tuk susu ibu untuk adam..

stok yang baru di kumpul..xdela banyak mana lagi..nak kene kerapkan sesi pumping lagi..hi..hi..hi

mesin jahit..dah siapkan langsir untuk tok adam..langsir raya yang di sponsor oleh mama adam n di jahit oleh mama adam jugak..hepi la tok dapat langsir baru yang siap di jahit sekali tu..
gambar yang di ambil masa family day abang iapar my husband dekat kompleks sukan negara yang lama kat shah alam..tema hijau..hehe

Wednesday, June 9, 2010

Alhamdulillah..murah rezeki mama n adam :)

salam..syukur sangat-sangat. Akhirnya mama dapat apa yang mama mahukan ;) tadi baru je sampai chest freezer..ala macam peti ais letak aiskrim tu. Beli ni sebab nak buat stok susu semata-mata..bersemangat nak kumpul stok sekarang ni. sebelum ni susu cepat je expired..yela letak kat peti ais 2 pintu..tahan 2 minggu je..

peti ais 1 pintu:2 minggu
peti ais 2 pintu: 3 bulan
chest/deep freezer: 6-12bulan

apa salahnya kalu labur duit skit beli chest freezer so susu boleh tahan 6 bulan..ingat nak amik gambar nak tampal kat sini kamera pulak ada problem..huhu
harga? dapat la rm650..kalu kat giant rm670 n rm690..berbaloi jugak la survey kat kedai elektrik dulu..hehe
brand media..jurujual tu cakap elba ada rm600 tapi customer ramai complain..so dia suggest brand ni..kira jadi la..penghantaran pun percuma.senang sket.hehe

mama pun dah beli mesin jahit baru..hehe
ni gara-gara nak jahit langsir kat ofis ayah hari tu..mak cakap kat ayah susah-susah sangat beli jela mesin mama jahitkan..hehe
so dapat la beli mesin jahit singer yang dah lama di idamkan dengan harga rm750. Lepas ni kene rajin-rajin la menjahit..hehe
siang tadi dah siapkan nursing cover tuk menyusu adam kat public..dah test tadi guna tapi adam ni sibuk duk main selak kain tu..berbaloi la mama buat besar sket.hehe dah tau dah anak mama sorang ni..

last week pergi PJ temankan ayah jumpa client ayah..mama jumpa kedai baby..best sangat-sangat coz kedai ni ada jual banyak barang-barang baby yang mama baca kat susuibu.com..sempat la mama sambar botol susu bumble bee rm38.90/8pcs..pastu dapat freegift 2pcs..seronoknya..pastu beli gak termometer kat watson rm20 je..hehe xde duit nak beli yang kat kedai baby tu rm138 kalu xsalah..cam xbaloi je mahal sangat coz banyak lagi barang nak kene beli kat adam..beli gak nappy liner..rm10.90..harga asal rm20.90..hehe seronok lagi dapat beli murah-murah ni..mama dah beli 2 cloth diapers coolababy..1 yang biasa dan 1 lagi yang bamboo..yang biasa tu ada  rashes sket sebab tu beli nappy liner ni..yang bamboo macam ok tapi sedikit mahal..ingat nak tambah la koleksi coz dah test..tapi..

nursery adam call..adam dah dapat masuk nursery tuk bulan 6..nak tak nak kene la bayar jugak tuk bulan 6 walaupun nak start letak bulan 7..xpela bayar walaupun xletak..huhu biarla mama jaga selagi mama ada ni..kalu xnak bayar lagi kira kene masuk waiting list semula..tu xsanggup tuh..huhu registration sekali deposit 2 bulan rm515..huhu bulan ni banyak gak belanja untuk adam..xpela..alhamdulillah rezeki tu ada tuk dia..

mama rasa dah ngantuk la..mau tido dulu..gud nite :p

Sunday, May 2, 2010

Salam; sekadar berkongsi email yg baru dpt td...

Tentang perjuangan ibu pada zaman 80-an yang melahirkan anak tidak cukup bulan dan berikan anaknya susu ibu.... Walaupun kurang kemudahan dan pendedahan, ibu ini kuat jugak semangatnya...

adakah kita sanggup berjalan kaki bkilometer slps bsalin, stay kat hospital dr subuh ke maghrib, memerah guna tangan utk myusukan anak ???

Assalamualaikum Mak..
Adik rasa begitu pantas nya waktu berjalan
Terlalu bosan rasanya bila mak tanpa disisi
Sedar tak sedar hampir setahun mak pergi tinggalkan adik
Terasa baru semalam adik tidur dgn mak

Mak..
Mak igt tak adik dr kecil smpi besar
Suka tido dgn mak?
Hehehe mesti mak igtkan dgn perangai
Anak bongsu mak sorang nie

Disaat spt itu lah mak suka
Bercerita dgn adik ..terutamanya
Pengalaman mak menjaga adik dari bayi lagi

Mak..
Mak pernah cerita kat adik
Mcm mana mak bersalin kan adik dulu
Mak cakap adik tak cukup bulan kan ??
Mak bersalin kan adik semasa
Kandungan berusia 7 bulan

Mak cakap mak mengalami kemalangan
Berlanggar dengan lori sedangkan
Mak pula ketika itu hanya
Menaiki basikal tua tuk
Menjual kuih..masa mak cerita tu
Adik sedih..sedih sangat…
Mak ingat tak?

Mak ckp mak tak sedarkan diri
Dan perlu melakukan pembedahan
Demi menyelamatkan adik
Tapi dengan kuasa ALLAH
Adik selamat…

Mak..
Pada saat itu bermula lah pengorbanan mak
Mak ingat tak mak ada cerita kat adik
mcm mana mak menyusukan adik??
Mak cakap, adik tak boleh menyusu mak terus
Sebab adik kena duduk dlm “kotak oksigen”
Dan keadaan adik masa tu agak kritikal
Sebab mak cakap berat adik tak sampai 1 kg

Tapi mak tak pernah putus asa
Mak tak bagi doctor & misi tu
Bagi susu tepung kat adik
Mak cakap nak guna susu mak kan ??

Mak cakap dulu tak tau pasal pam2 nie
Jadi mak perah guna tangan jer la
Lagu pon mak kata kita tak mampu
Nak beli pam sebab bapak pon
Kerja sebagai tukang kebun jer
Di jabatan kerajaan mana la nak cari duit nak
Belikan mak pam& nak beli susu tepung

Mak..
Mak tau tak perasaaan adik masa tue???
Rasa macam nak cium2 jer mak
Lepas tu nak jerit mcm nie
MAK ADIK SYGKAN MAK SGT!!!!
Mak berkampung di hospital tu sampai sebulan
Mak cakap kalo nak bagi susu kat adik
Kena guna tiub yg disediakan…masa tu
Mak kata hati mak sakit sgt bila tgk adik dlm keadaan
Yg mcm tue…

Lepas tu mak cerita kat adik lagi
Mak kata doctor suruh mak keluar wad
Sebab mak terlalu kat sana & adik pulak
Masik kena tinggal di d lm kotak oksigen tu lagi..

Mak tanya doctor susu mcm mana??
Dokator cakap guna susu dari hospital
Mak meronta-ronta tak nak
Mak kata mak akan hantar susu’
Doctor tak ada pilihan melainkan
Setuju dengan mak..

Bila adik Tanya mak cm mana mak hantar susu
Sebab hospital masa tu agak jauh…
Mak jawab mak jalan kaki la…

Mak…
Walaupon mak jawab ngan senyuman
Tak dapat adik bayangkan keadaan mak masa tue..
Subuh 2 mak kuar umah jalan ke hospital
Tak boleh naik basikal sbb kesan operate tu terasa lagi..
Mak tunggu di hospital smpi ler maghrib..
Mak dah perah siap2 tuk malam nnt bg nurse…

Mak..

Mak igt tak adik ada tanya kat mak
Kenapa mak sanggup wat mcm tue??
Mak jawab mak nak adik ‘hidup ‘
Dan sihat walaupon keadaan adik kritikal..


Mak cakap hanya guna susu mak jer
Yang boleh bagi adik sihat
Sebab mak cakap susu mak byk khasiat..
Bila adik tanya mak apa khasiat nya??
Hehehe mak senyum jer..
mak cakap mak tak tau byk
Cuma mak tau byk antibody jer…

Tapi mak ada cakap gak..
Apa-apa pemberian dr ALLAH
Itu adalah yg terbaik dlm hidup manusia
Cth nya mcm susu mak nie…
Mak cakap tak der susu lain yg terbaik
Selain dari susu mak kan ??

Mak
3 bulan dah berlalu tapi mak cakap adik tak kuar lagi
Sebab adik mengalami masalah pernafasan
Oleh itu adik kena bergantung ‘tong oksigen ‘
Tapi mak kata adik dah tak dok dlm ‘kotak oksigen ‘
Mak gembira kan ??? walaupon mak kena bg susu
Guna tiub tapi mak penuh sabar menjaga adik..

Mak..
Mak ada cakap selepas 2 minggu br adik kuar hospital
Mak seronok sangat2…adik tanya kenapa??
Mak jawab tu la pertama kali adik menghisap ‘tek’ mak
Hehehehe kita gelak sakan bila mak cerita kisah tue.
Mak igt tak???

Mak ...
Bila adik dah membesar mak masih menyusukan adik kan ??
Yong (kakak) cakap adik paling lama hisap susu mak
Yong cakap sampi umur adik 4 tahun..
Bila adik tanya mak naper lama sangat??
Mak jawab mak nak adik SIHAT betol2
mak tak nak adik sakit lagi

Mak...
Mak igt tak dari kecik sampai la adik tingkatan 2
Hidung adik asyik berdarah jer kan ..
Hehe anak mak nie asyik susah kan mak jer kan ??
Tapi mak tak pernah bersungut..

Mak …
Dah berbelas-belas tahun berlalu
Anak bongsu mak nie masih hidup & sihat
Anak mak ni cemerlang dlm semua bidang
Mak tentu bangga kan ??

Mak..
Mak tau kenapa adik boleh jadi cm nie??
Ini semua kerana penat lelah mu mak
Kerana menyusukan ku..
Dari hasil SUSU mu itu la adik bole jadi mcm nie..

Mak…
Mak igt tak semasa adik balik dr ngaji
Kain baju kurung adik terkoyak..
Adik cakap kat mak adik terjatuh kat tangga surau kan ??
Tapi sebenar nya adik jatuh dari pokok mempelam
Belakang surau tu..mak tau kan anak mak ni suka makan pelam.

Mak..
Tujuan adik menipu tu tak nak bg mak marah
Adik takut kena pukul..tapi bila malam tiba
Adik cakap terus terang jer..
Mak teus cium adik,adik tanya mak kenapa?
Mak kata mak tau adik tak kan menipu mak
Sebab nak yg minum susu ibu nya dengan baik
Hati nya lembut dan takkan sesekali nak melukai hati ibu nya..
Masa mak cakap tu adik dah nangis dah …

Mak ..
Adik teringat mak jaga anak nyah dulu..
Mak marah betol ngan nyah
Sebab nyah tak bagi anak nya susu badan sepenuh nya..
Mak cakap nyah PEMALAS…
Mak marah betol masa tue sampai mak tak bercakap ngan nyah..
Mak..
Maafkan la nyah…tapi mak berdegil tetap ada perasaan marah jugak
Mak kata kalo mak ada susu dah lama mak bg kat cucu mak tue...
Sampai mcm tu skali mak marahkan nyah..
Akhirnya nyah akur ..nyah pam susu dan hantar kat mak..
Baru mak senyum

Mak..
Baru adik tau kedegilan ku dapat dari sapa
Hehehhe semestinya dari mak kan ???
Mak degil masa nyah bg susu tepung tue..
Mak tak bagi susu tepung tu kat cucu mak
Malah mak tepon nyah suruh balik susukan anak
Begiitu kuat pendirian mak..

Mak..
Sekarang adik dah besar & br start kerja
Adik seronok sgt bila dapat gaji bagi kat mak duit..
Mak pon mastu seronok kan ??
Sekarang mak suruh adik bwk balik kwn adik tue
Mak cakap mak nak kenal kan ??

Adik dah bawak balik mak…
Mak suka sgt ngan pilihan adik
Tapi mak adik tak serius lagi masa tue…
Mak marah adik…

Mak terus cakap kat kawan adik
Kalo betol suka kan adik
Suruh dia ambik adik jadi isteri yg sah..
Adik terkedu betol masa tu
Hati adik meronta-ronta tak nak kawin lagi

Pada 08.02.2008 adik kahwin jugak
Mak igt tak masa adik gi honeymoon kat langkawi
Adik bawak mak ngan bapak sekali??
Kita ada jumpa seorang perempuan nie
Menyusukan anak dia guna botol..
Mak tanya dia guna susu apa
Perempuan tu jawab guna susu ENFALAC
Terus jer mak tanya naper tak guna susu sendiri
Huhuuhu perempuan tu malu2 alah jer nak jawab
Katanya susah la..
Aduhai…mak mengeluh panjang bila dengar jawapan tue..


Mak
Mak ingat tak mak berceramah panjang ngan perempuan tue
Sampai perempuan tu pergi tempat tersorok menyusukan
Anak nya guna susu badan nya..
Alahai mak ku smpi mcm tu sekali pendirian mak..

Mak
Pada awal August 2008 mak dah mula sakit
Mak cakap mak sakit pingang
Jenuh ku dah bawak ke pakar
Doctor ckp ada masalah saragh tunjang
Tak lama pastu mak mula rs kebas2
Disebelah kanan..
Adik terus bawak mak pergi hospital
Doktor sah kan mak lumpuh separuh badan

Mak..
Mak tau tak cm mana perasaan adik masa tue??
Rasa nya jantung adik terhenti seketika waktu tue
Rasa nya hati ni di carik2
Rasa nya badan nie melayang2 di udara
Isk..isk…isk adik tak tahan mak …
Tak tahan tgk mak seperti itu…

Mak…
Selepas mak dikeluarkan hospital
Kami adik beradik beli
Semua kelengkapan mak
Supaya mudah tuk mak
Melakukan fisioterapi di umah

Mak..
Mak dah sebulan mak mcm nie
Tak ada perubahan tapi adik
Tak akan putus asa adik akan ikut
Semangat mak cm mak susu kan adik dulu

Mak..
Mak igt tak adik mandikan mak setiap kali
Adik balik kerja?? mak igt tak??
Ada satu hari lepas adik mandikan mak
Adik terus cium mak adik cakap kat mak
Yang adik mengandungkan??
Masa tu mak suka betol…manis betol senyuman mak

Mak
Malam tue adik nak basuh berak mak
Mak tak bagi adik dukung mak..
Mak kata takut adik gugur lak nnt sbb mak berat
Tapi adik nie degil jugak ..adik angkat jugak mak
Gi toilet ngan menantu mak tue…

Lepas tu adik pakai kan mak pampers
Tapi mak menangis …
Mak kata tak sia2 mak SUSUkan adik
Isk..isk..isskk adik terus peluk mak
Sampai tertido kan ??
Ermm anak mak ni masih suka tido ngan mak tau…

Mak..
Tak lama lagi kita nak raya..
Abang dah belikan baju kat mak cantikkan??
Mak senyum jer…

Mak
Lagi 2 hari nak raya ni mak…
Pagi tu adik mintak resepi nak buat rending tok kat mak
Sebab mak suruh adik masakkan??
Tapi malam tu mak sesak nafas
Abang cepat2 bawak mak gi hospital

Mak..
Sekali lagi jantung anak mak terhenti seketika
Kali ni hati adik macm dihiris2
Bila doctor cakap paru2 mak di jangkiti kuman
Hampir 80% dan peluang tuk hidup amat tipis

Mak..
Ni malam raya …mlm ni adik tak tido ngan mak yer
Adik balik nak buat rendang mak..
Malam ni kak chik jaga mak yer..
Subuh sok adik datang bawak rendang
Adik datang mcm mana mak dtg antar susu kat adik dulu..

Mak..
Ari ni kita raya mak senyum jer..
Mak suka yer anak2 mak ada kat mak
Adik suap mak rendang adik masak
Tapi mak ckp tak rasa apa pun
Adik tau mak dah tak ada deria rasa

Mak sekarang keadaan mak makin lemah
Adik beraya ngan mak atas katil hospital
Mak igt tak adik mintak ampun ngan mak
Adik mintak mak ampunkan segala dosa adik
Dan mintak halalkan mkn minum adik
Tapi mak kata adik tak da dosa ngan mak
Iskk..iskk adik terharu betul masa tue
Pastu mak ckap mak HALALkan susu yg mak
Berikan pada adik
Ya allah masa tu hati adik hancur berkecai
Adik peluk mak sampai tak nak lepas kan mak..

Mak
Hari dah malam ni nak masuk ari ke-4 kita raya
Malam ni adik tido ngan mak kan ??
Malam ni adik nak peluk mak..
Tapi taku nurse marah adik baring atas katil mak..
Tapi tak per la adik peluk tangan mak jer…
Tapi mak senyum jer...

Mak..
Malam tue mak tido lmbt mak kata mak tak boleh tido
Adik teman mak kan ??
Mak pesan kat adik supaya adik jaga kandungan tue..
Mak suruh nanti asuh anak sebaik mungkin
Mak suruh adik janji yang adik akan susukan anak adik
Mak cakap jgn bg susu lembu…
Mak suruh adik Janji ngan mak kan ???
Mak igt tak??

Mak
Hari dah pagi nie.. nape mak tak bukak mata lg??
Bila adik panggil lemah jer mak bukak mata
Adik panggil doctor
Doctor cakap PLS PREPARE….
Mak jangan tinggal kan adik!!!!!!

Mak…
Hari nak malam nie…
Keadaan mak semakin nazak
Kami bawak mak balik umah
Mak tau tak
Ms dlm perjalanan nak balik tu adik bwk keta
Dlm keadaan separuh sedar..
Kenangan bersama berputar dlm kepala ni
Air mata tak mampu nak tahan

Mak..
Sampai di umah mak kuar dr ambulans..
Mak kami letak atas tilam..
Sesudah nya nurse tanggalkan oksigen
Mak tgk anak2 & bapak
Tak sampai 10 minit…..pukul 10.05mlm
Isk…isk.. mak TINGGALKAN KAMI..

Mak ...
Jam 11.30 tgh hari mak dimandikan
Anak2 mak yang mandikan mak
Mak mesti rasa bertapa lembut nya kami gosok badan mak kan ..
Adik gosok kaki ngan tangan mak…mak nmpk kan ??
Lepas tu mak di kapan kan ..dan di bawa ke masjid tuk disembahyangkan

Mak ..
Mak tau tak abang yang jadi imam solat jenazah mak utk mak..
Mak mesti tau kan …

Mak
Malam tu adik kemaskan barang mak
Adik Nampak sepucuk surat ..
Rupa nya surat mak kepada anak2 mak...
Mak cakap mak maaf kan semua anak2 mak
Mak HALAL kan susu yg mengalir dlm tubuh
Semua anak2 mak..
Mak pesan bagi susu badan kat cucu dia
Isk..isk masa tu nyah menangis teruk

Mak..
Sejak ari tu mmg kami adik beradik
Mmg berjanji akan bg susu badan kat anak2 kami
Akan kami jaga anak kami mcm mak jaga kami..

Mak..
Selepas mak pergi mak dapat 4 cucu sekali gus..
Mak tau tak…adik dapat anak lelaki
Kalo mak ada mesti mak suka kan ??
Adik nama kan cucu mak MUHAMMAD DANISH


MAk..
Adik kotakan janji adik pada mak
Adik susukan Danish mak..
Tapi Danish suka guna botol la mak
Tapi susu nya tetap susu adik
Mak jangan risau yer..
Kalau dulu mak boleh bg susu mak dlm tiub
Kenapa adik tak boleh bagi susu adik dlm botol kan ??
Adik tak nak MALAS mcm nyah dulu..
Mak tau tak sekarang dari empat ,tiga cucu baru mak tue
Sepenuhnya menyusu badan…
Anak kak chik tue campur sebab kak chik ada masalah skit
Tapi kak chik pon tgh usahakan jugak

Mak..
Adik tak sempat belajar ngan mak pasal penyusuan nie
Adik belajar ngan FORUM RATU HATI...
Mak tentu bangga kalo adik cerita kat mak pasal susu ibu nie’
Tapi mak..adik tak sempat nak cerita kat mak..
Mak tau tak kat forum nie ramai pejuang spt mak
Pejuang utk kekalkan anak2 mereka sentiasa sihat..
Mcm mak berjuang untuk susukan adik dulu..

Mak…
Cukuplah sampai disini dulu..
Nanti kawan2 kat forum nie sedih pulak..
Adik tak nak diorang sedih…
Adik diorang baca cerita mak ni sbg pembakar semangat
Untuk menyusu anak mereka..

Mak..
Mak jangan mara yer adik cerita kat forum nie..
Adik nak share pengalaman mak pada semua kaum ibu
Supaya menjadi renungan…

Mak..
Adik nak mak tau..yg ketika ini perasaan rindu tu
Semakin menebal sehingga menusuk2 hati nie
Terasa sakit nya mak..kerana menanggung rindu
Tapi yg adik mampu hanya sedekah al fatihah jer..
Adik berenti dulu yer mak… ASSALAMUALAIKUM

Thursday, April 22, 2010

set bersalin dan urut

Salam

kami menyediakan package untuk ibu2 selepas bersalin seperti:

-barut
-bengkung
-ubat kempis perut
-ubat sapu badan
-pilis
-herba untuk mandian
-urut untuk buang angin,kebas2,keluar susu,sengkak dan lain2
-lilit pingang-untuk slim
-Jamu untuk dalaman
-mandikan baby
-mandikan ibu
-Jaga dalam pantang

Untuk urut biasa
-urat belikat
-sakit pinggang
-sakit kepala
-naikkan peranakan
(membantu mereka yang mempunyai masalah untuk mendapatkan anak)
-kebas
-selepas keguguran
-urut rempah (lulur)

Bekam angin
Bekam darah

sesiapa yang berminat boleh PM 0132566894..

Monday, April 19, 2010

Ayah ada opis baru

salam..
nampaknye sampai juga hajat suamiku untuk bukak ofis walaupun sebelah rumah je..hehe sebenarnya tu lagi baik coz aku xnak masanya habis kat ofis je nati..masa tuk kami (adam n aku la tu) dah jadi kurang..kalu ofis sebelah je bleh je la pergi jenguk..adam pun boleh pergi sendiri je nanti..hehe
waktu pantang dah pun habis..tapi nampak gayanya xbleh nak bebas sangat makan apa saja..baru2 ni dah kene pergi klinik uia memandangkan luka dah berair dan bernanah sikit..huhu
kalu nak tahu ini la kesan daripada perangai aku ni yang memang xnak dengar cakap orang..dah jumpa dc,dc suh cuci 3 hari berturut2..dah jadi 1 kerja la plak..orang lain dah abis pantang happy tapi aku ni sebaliknya pulak..pandai pulak tu nangis bila luka tak baik2..tapi bab makan still degil..hehe
keras kepala tul..ketuk sikit..hehe yang terbaru darah masih kuar lagi..padahal dah kering..tapi still dalam 60hari lagi so still di kira nifasla..apa lagi aku..menangis lagi..uwaaaa..manja! haha
sekarang duk jela rumah..last week dah start mengajar...(tengok,degil lagi) xtau la nak cakap apa lagi kat diri sendiri..memang degil! hehe mak aku call pun terkejut bila aku cakap dah start mengajar..hehe
kesian adam aku tinggalkan dia..sebelum 10minit nak habis mengajar dapat mesej dari husbnand cakap adam dah menangis setengah jam sebut ma..susu yang aku perah aku tinggal untuk dia,tapi dia refuse..huhu padahal sebelum tu boleh je minum dalam botol..saje la tu..dia dah perasan aku xde..dah kenal mama dengan ayah yer?pandai ank mama sorang ni..aku memang balik awal la mengajar,sampai je rumah xdengar pulak suara dia menagis..tengok2 dah tertido dengan air mata..olo..kesian anak mama..huhu masuk je rumah dia tersedar terus nangis..bila mama dia datang je terus diam..apa lagi..bergayut la kat mama dia dekat sejam jugak la..macam xnak lepas..dia gengam tangan aku ni kemas2..kesian tul..huhu esoknya dia buat perangai..dia xnak tido..fobia kot kena tinggal..aku nak ke dapur pun susah..dia nak tengok muka mama dia ni jugak..layan je la..samapaikan malam pun dia xnak tido..aku tido buat2 tutup mata dan jeling sebelah baru nampak dia tutup mata tu pun nampak dia perhatikan mama dia lagi..last2 2 2 tertido..hehe

Sunday, April 4, 2010

first time mama breastfeed adam

sekarang mama ada join forum susuibu..bnyk mannfaat..mama ada reaply 1 post..malas nak taip balik so mama copy n paste je..hehe 
 
Re: memang ada ker jenis xde susu badan?
 
 
salam..syabas kat puan..mmg kita nak yang terbaik tuk anak kita..xpela yg pentg kt da cuba seday upaya kita.

sy plak ceasarean coz jantung baby lemah masa da 5cm..huhu ms tgh jahit tu nurse ade letak baby kat my B tp xde susu pn kuar..lepas tu ank sy kne masuk nicu..huhu saya terpisah ngn bb..sedy sgt..bersalin 10.08pg.sy kat tgkt 3 n bb kt tgkt 2. sy nk sgt g kat bb nk bg bf..mitak ngn nurse nk g tgok bb tp nurse ckp awak xleh jalan..ms tu salur kencing pn ada lg..sy ckp nk bg susu kt bb..nurse suh saya duduk dulu n dia naikkn katil sy..mmg sy pening..skjp je sy suh dia turunkn balik..pening sgt2..tp dlm hati nk jp sgt bb nk bg bf..huhu

sy just d benarkn jp bb kalu hsbnd tolakkn coz badan sy lemah lg. mlm tu hsbnd ada job yg mmg da xleh elakkn..so terpksla tggu dia balik..dlm kul 12mlm hsbnd dtg n tolak sy jupa baby..ms tu bb xbukak mata pun..sedeynye..dia lgsng xnk tgok mama dia ni..bila nak bf dia xisap pn..dia xnk..dia da knyg nurse bg fm..huhu hsbnd tggu smpai 1 lebey..da la pg soknye hbnd keje..last2 give up..

soknye cuba pam n mitak tlg kawan sblah katil..tnye cmne nk pam..first bb xprnh guna..sy ckp xde susu..dia ckp jgn ckp cmtu..susu ada..try la..buat la depan dia tp kuar mcm air je..huhu mmg xleh pam..pas tu nekad nk jp bb wlupn suami xde..yakinkan nurse yg sy tul2 da bleh jalan..pdhl Allah je tau time tu..still pening tp depan nurse wat2 kuat takut nati dia xbg pergi plak..huhu time g tu bb br je d beri fm..huhu sedey sgt2..bb still lgsg xnk bukak mata..nurse ckp baby da bley kuar tghr..tp kne setekn bill dulu..diorg da call my husbnd.ms tu my hsbnd da smpai tmpt yg dia ada job tu..bukan bnyk pun rm13.50 je pn..tp my wallet hsbnd bwak balik..dgn sy ader rm10 sy bt spare kot ade nk bl pe2..

sedeynye..my husbnd ckp sggup nk patah balik wlupn jauh just nk bg rm3.50 tu..huhu tp sy ckp xyah la..nati dia plak kelam kabut..ckp kt member kt c 2 n member bg la rm3.50 nk cukupkan..terus je g amik bb..tp nurse plak xkasi bg cz kne byr kt counter bwh..dia risau sy nk kne turun..dia suh tggu hsbnd..husbnd balik kul 4 ptg..huhu tp sy nekad nk g bayar jgk n nk bawak bb duk ngn sy kalu x bb xbf..huhu

seleps sete smua bb d letkkn sbelh sy..time tu br la bb bukak mata dia..terus je sy bg bf..wlaupn xde susu sy bg dia isap jugak.. last2 alhamdulillah..kuar..smpaikn kalu bb xminum baju sy cpt je basah..

da smpai umah sampai breast bengkak2 plak cz susu bnyk wlaupn da di pam n bf..huhu

tu la citenye..time mula2 mmg susu xde sgt so bg je..bl bb isap tu dia stimulate susu tu..nati susu kuar la..

baru2 ni susu mcm kurg,sy amalkan minum air halba..letak halba dlm 20 biji dlm air panas n tggu suam pastu minum air tu..insyaAllah..sy alhamdulillah susu da bnyk balik..

EditReply

Saturday, April 3, 2010

adam yang mengantuk

anak mama ngantuk ye cayunk? mama sayang adam..muah3x!!

My family :)

Alhamdulillah..ni la dia Adam..pelengkap kebahgiaan kami..semoga besar nati jadi orang yang berguna ye adam??

breastfeeding

salam..pengalamn baru menyusukan anak plak..hehe ingatkan time pregnant je aku akan kelaparan..rupanye di sambung plak ngan menyusu..sekarang aku rase cam time pregnant je..kejap2 lapar..husband gak la yang jadi mangsa buatkan air or masakkn something..adam ni kuat menyusu..tu la..aku pun kene la banyak makan nak bagi susu ni sedia ada..macam2 gak aku makan nak bagi susu ni still ada tuk adam..sekarang ni amalkan makan halba..ok la..kadang2 kalu adam ni lambat menyusu aku terpaksa pam dulu..sekarang ni aktif baca forum susu ibu..so xde la rase keseorangan..rase motivate nk bf until 2 year..insyaAllah..nati da masuk kelas nati nampaknye kene la rajin mengepam nak buat stok untuk adam..xpela demi anakku adam hamdi..susu ibu yang terbaik untukmu..hehe

Wednesday, March 31, 2010

Adam Hamdi bin Ahmad Faisal Hamdi

Alhamdulillah akhirnye semuanya selamat dan Adam sekarang dah berusia 34hari..baby pun sihat dan maknya pun sihat..sekarang dah berpantang sendiri..hari2 myhusband masak ikan haruan..huhu haru biru je rase nak makan lauk sama hari2..sabar jela..tapi time balik aqiqah adam 20hb3 baru2 ni lagi best..aku curik makan nasik lauk kambing and ayam masak merah siap air sirap..time mak aku tau..bising la..tadah la telinga tu..degil tul..mak aku cakap yang sakit nanti bukan orang lain,dia jugak..xbleh aku dengar ayat tu..huhu yela..memang betulla. diorang xbagi aku makan takut effect kat aku punye luka operate tu..
Hari ni kawan my husband datang rumah. Adam jadi model diorang. Diorang nak buat photo profile..Adam apalagi..berposing la dia..tapi time senyum paling susah nak amik..Anak mama ni kalu depan mama je dia rajin senyum.Depan orang lain dia susah sikit.
Adam hari ini nampak macam tak berapa sihat..asyik kuar balik je susu yang dia minum..padahal dah di sendawakan dah..

Tuesday, January 19, 2010

Alhamdulillah..

Murah tul rezeki adam..lum lahir lg tp brg tuk dia da makin bnyak org sedekahkan..huhu arini je dapat berpasang2 baju baby lengkap..dgn tempat letak baby dalam kete,beg baby,tilam n bantal n macam2 la..mak student tmpt yg aku mgjar hadiahkan..huhu terharu tul..barang2 baby dia semuanya di pindahkan ke adam..baju baru2 n yg lum guna n siap ada tag harga lgpn bnyk..anaknya kembali ke rahmatuallah baru2 ni..dia xsggup nk tgk brg2 baby ni coz xnak perasaan sedih tu dtg lg..semua barang2 tu di baginya kat baby yg bakal lahir ni..insayaAllah..hanya Tuhan sahaja yg dpt membalas jasa baik kalian..sebelum ni pun da bnyk dia sedekahkan baju pregnant yg mmg baru2 coz mmg baju2 tu dia br beli tuk pregnant kali ni..lgipun katanye nk pencen da dari pregnant..2 beg kertas yg besar lengkap ngn seluar n blouse semuanye mmg ok lg..tuk pregnant ni aku just beli 1 pasang baju pregnant tu pun tuk bt baju raye..yg lain2 kakak2 ipar n kakak tu yg bg..da bnyk sgt..nk bli pun xberbaloi coz yg sedia ada ni pun da xterpakai..

Friday, January 8, 2010

hari rest kat umah

hehe..setelah penat ngn semalam yg pgnye quiz n malamnye midterm arini aku lepak je kt umah..smlm ngn sehari sblmnye turun ke uia 8pg balik 11mlm..mmg penat..gara2 study 4 da quiz pg rabu n khamis pg quiz mlm midterm.penat mgadap buku..belakang pn sakit2 coz menunduk je..tp 1 je yg aku xbleh tahan..lapo..huhu tghri smlm cm xprcy aku bleh abeskn nasi yg bg aku bnyk sgt2 tu..siap rse cm nk tmbh lg tuh..huhu ptgnye mkn roti yg aku bwk dr umh n minum air kotak..smntr nk tggu mlm tu mmg da lapar balik la..mlm td jawab midterm pn perut dlm kelaparan..balik umah mlm td adik msg ckp dia da masak mee kari,my husbnd plak ade blikan sebijik piza kt pasar mlm yg regular saiz kot.balik tu pe lg..makan la..pastu tertdo kekenyangn..hehe kul 2.30 terjg dr tdo ngn perut yg lapar..cepat tul mknn d proses..xtau nk mkn pe,last2 bt susu je..aku minum 2/3 gelas..pastu tertdo ats kerusi ngn gelas d tgn.bgn kul 5 rase basah2 kat kain aku..tgk susu tu tumpah rupanye..sempt lg aku habiskn bakinye..hehe lepas solat tdo balik..bgn2 kul 11..hehe ni mesti sbb xcukup rest cz sehari sblmnye aku bgn 2 pg study..bgn pg td pn lapar sgt2..aku ckp kt hsbnd nk mkn roti canai..di sbbkn ramai sgt org beratur nk bl roti canai so dia belikn nasi lemak je..dia xnk bg aku yg lapar ni tggu lame2..aku plak yg kt umh ni mmg xtahan lapar.bt je air smtara nk tggu dia balik tu aku da mkn roti bt alas perut..dia balik je ape lg..smbg plak mkn nasi lemak..hehe ptg karang nk ajak husbnd g jalan2 tp kne tggu dia abeskn mgedit dulu..huhu tgh plan2 lg nk ke mane..rase cm nk g pantai..huhu da lame xg..tp tgk la dulu...kt area cni PD jela paling dekat..tp cm jauh la plak..huhu