Aku jadikan susu manusia utk anak manusia dan Aku jadikan susu haiwan utk anak haiwan...

cinta antara kami

cinta antara kami
semoga kemesraan ini kekal berpanjangan

welcome

Selamat datang kepada mereka yang sudi menngunjungi blog ini. Terima kasih daun keladi.lain kali datang lagi ye?
Lilypie Breastfeeding tickers
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"

Sunday, July 11, 2010

Adam masuk nursery

Dekat sebulan setengah jugak la bayar nursery Adam..tapi bayar je..adam mama dia jaga..hehe ni kes sayang nak lepas anak..last2 semalam baru try letak..al maklumla..masa dah suntuk..next week dah start kelas..nak tahu apa hasilnya?Adam buat mogok lapar..hantar 9.30..amik 12.30..susu 3 botol xluak pun..pengasuh cakap Adam buat buih2 je..tak mo minum..huhu
pagi masa nak hantar tu Adam dah buat muka..dia duk pusing ke arah lain dan termenung..malam tu lagi dah cakap kat Adam yang dia nak kene hantar nursery..nampaknya memang dia faham la..
mama dia ni pukul 4pagi dah bangun dah..pastu xtido dah..xlena mengenagkan ank bujang sorang ni nak masuk nursery..
Adam balik dari nursey tu tak ade la pulak dia tunjuk gaya2 lapar..huhu biasa je..kita plak yang offer..dia minum pun kejap je..tak puas hati betul la dengan Adam ni..balik tu dah slow talk dengan dia bagitahu kenapa dia perlu di hantar ke nursery..nampak gaya macam faham..dia tenung mata mama dia ni dalam2..sedey tul.."sebenarnya mama dia nangis..hehe"
hope isnin ni Adam lebih bersedia..tak buat mogok lapar dah..huhu

Thursday, July 8, 2010

BILA BABY BOLEH START SOLID FOOD?

Tanda-tanda Bayi Anda Sudah Bersedia

Jika bayi anda telah mencapai umur empat bulan (bayi menyusu susu formula) dan enam bulan (bagi bayi menyusu susu ibu secara eksklusif) dan mempunyai tanda-tanda berikut, maka anda bolehlah mula memberinya makanan pejal :
  • Kepala bayi tegak dan tidak bergoyang ketika dalam keadaan badannya tegak.
  • Boleh duduk dengan sedikit sokongan daripada orang dewasa.
  • Berat badannya sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada berat lahirnya.
  • Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali.
  • Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa.
  • Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.
  • Tidak menolak dengan lidah atau meluahkan makanan yang disuapkan ke mulutnya.
  • Boleh mengunyah dan menelan dengan baik makanan yang disuapkan.
  • Bayi boleh memegang makanan dengan tangannya.
Kenapa Perlu Tunggu?

Kebaikan Untuk Bayi :
  • Sistem penghadaman bayi yang berusia kurang enam bulan belum matang dan dia tidak dapat menghadam makanan dengan sempurna menyebabkan masalah seperti bayi muntah, sembelit dan juga cirit-birit.
  • Lebih awal bayi diperkenalkan dengan makanan lain selain daripada susu ibu, lebih mudah bayi tersebut berkemungkinan mendapat alahan atau alergi terhadap makanan tersebut.
  • Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dapat mengurangkan risiko gastrointestinal, pernafasan dan jangkitan telinga pada bayi.
  • Bayi yang berusia lebih enam bulan dapat mengambil bahagian secara lebih aktif semasa makan seperti mencapai makanan jika masih mahu makan atau berpaling jika sudah kenyang.
  • Makanan pejal akan mengurangkan jumlah susu yang bayi ambil.
  • Bayi yang makan makanan pejal terlalu awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi gemuk apabila besar nanti berbanding dengan bayi yang memulakan makanan pejal pada masa yang sesuai.
  • Menyuap makanan pejal kepada bayi yang belum duduk adalah lebih sukar dan kadang-kadang mengecewakan bayi dan anda sendiri.
Kebaikan Untuk Ibu Yang Menyusu:
  • Ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif lebih lama akan mudah menurunkan berat badan.
  • Cara semulajadi untuk menjarakkan kelahiran kerana haid datang lebih lambat.
  • Bekalan susu ibu yang lebih stabil.
ditulis oleh cayang ummi dari RATU HATI..
INFO dari HANA, salah seorg rakan ayu di SI.com n RH n FB.. (ni hasil penulisan beliau ye ^_^)

Masa paling sesuai untuk introduce solid food adalah time umur 6 bulan. Walaupun ada sesetengah buku tulis start time 4 bulan, better wait till 6 months, sebab time tu usus dia dah matang.

RESEPI UMUR 6 BULAN

guna teknik 3-4 days rules. Mean kenalkan satu2 jenis makanan tu selama 3-4 days to rule out allergy.

Hari 1-3: air kanji nasi
Ambik air nasi yg mendidih tu, bagi minum, bagi dalam 4-5 sudu jer. Ini petua
org tua2 nak intro solid kat baby
Hari 4-7 : bubur nasi
Hari 8-11 : bubur nasi + kentang
Hari 12- 15 : bubur nasi + carrot
Hari 16-19: bubur nasi +bayam
Hari 20- 23: bubur nasi + bilis
Hari 24-27: bubur nasi+kentang+ carrot
Hari 28-31: bubur nasi+kentang+carrot+bilis
  • Time 6 bulan ni, saya tapis semua makanan. Ada org suka blender, tpi saya prefer tapis dengan penapis.
  • Ikan bilis tu kalau boleh cari yg warna putih (less salt). Kalau takde pun ikan bilis biasa tu, rendam lama skit, biar hilang masinnya. Goreng sangai (tanpa minyak), then blend kering sampai halus. Simpan buat stok.
  • Beras pun blend kering dulu. Bila masak tu senang dia hancur, tak susah sangat nak tapis.
    Ingat.. No sugar, no salt for baby below 1year.
RESEPI 7 BULAN

BREAKFAST
1) Puri kentang
  • Rebus kentang (buang kulit dulu) hingga empuk.
  • Kemudian, lecek2kan dia hingga hancur.
  • Campurkan sedikiit perahan susu ibu untuk menghaluskan lagi teksturnya.

2) Puri carrot (sama mcm puri kentang)

3) puri brokoli

4) puri bayam (Boleh juga dicampur adukkan sayur-sayuran diatas untuk dijadikan puri sayur campur)

5) puri epal

6) puri pisang (pisang tak perlu dimasak)

7) puri betik

LUNCH

1) Bubur+sayur+bilis
  • Penyediaannya sama macam resepi 6 bulan, tapi tak perlu blend dah.
  • Just masak dan lecek2kan sampai halus.
2) bubur+ sayur + ikan
  • masak bubur bersama sayur, dan lecek.
  • Ikan direbus (potong kiub untuk memudahkan, bila masak, sejukkan sebentar dan blend (blend basah)
  • Campurkan bubur dan ikan.
3) bubur+sayur+ ayam/daging (sama macam resepi ikan)
  • Nak menyedapkan lagi, goreng bawang dengan sedikit minyak, taburkan atas bubur.
  • juga boleh ditaburkan dengan daun bawang & daun sup untuk menambahkan aroma.
RESEPI 8 BULAN

BREAKFAST
1) oat+ kismis/kurma
  • didihkan air (anggaran 1 mug), masukkan 2 sudu besar oat (original/organic).
  • masak sampai kembang.
  • Cubit2kan kismis/kurma, dan campurkan dalam oat yg siap dimasak...
2)Oat + bilis (sama cam atas)

3) puri sayur @ puri buah
LUNCH
1)nasi lembik + sayur + ikan/daging/ayam
  • Masak nasi lembik.
  • Tumis sedikit bawang merah,bawang putih dan halia dengan sedikit minyak (prefer minyak zaitun), bila naik baunya, campurkan dengan sedikit air, bila air mendidih, masukkan ayam/ikan/daging dan masak sehingga empuk. Masukkan sayuran dan masak hingga empuk.
  • Cara makan : boleh dimakan berasingan, nasi + sup gaulkan sekali nasi dan sup.
TEA-TIME
1) kentang + bilis
  • rebus kentang hingga lembut.
  • Lecek halus dan gaul dengan sedikit serbuk bilis.
  • Kepal2kan dan suap baby (macam kuih keria yg tak dimasak)
2) Roti + susu
  • ambil sekeping roti (prefer roti gardenia,kalau dapat roti yg kandungan gula kurang lagi bagus)
  • rendam dalam perahan susu ibu(sedikit sahaja untuk melembutkan), dan terus dimakan.

    TIPS
****Dan lagi satu, agak renyah nak masak sikit2 pagi2 ni. Puan2 boleh sejukbekukan makanan baby. Macam saya, after masak, time panas2 tu, saya simpan dalam bekas dadih 6oz. Masuk terus dlm freezer (bhgn beku), Ikut kajian, tahan sampai 2 minggu. Bila nak masak, boleh panaskan guna microwave, tapi saya lebih suka masak guna api. Letak sedikit air panas dan biarkan bubur tu cair sepenuhnya. ****

Monday, July 5, 2010

baby eksklusif breastfeed tak perlu air masak

Untuk 6bulan penyusuan susu ibu secara eksklusif baby tak memerlukan air masak.Di dalam susu ibu 88% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada
susu awal (foremilk) untuk hilangkan dhaaga&susu akhir
(hindmilk) untuk megenyangkan bayi.Naluri semulajadi manusia minum
kerana dahaga,maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada
bayinya melalui susu awal (foremilk)yang mengandungi lebih air&laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandugan lemak
tinggi) yang akan mengeyangknya.

 

mitos benar pasal air masak dan formula bagi bayi kurang 6 bulan;

1. Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kpd pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.

2. Tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat..

3. Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit.

4. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

5. Bayi yang menghidap jaundis, air yang terlalu banyak boleyh merencatkan akal manakala bagi yang berusia di bawah 5 minggu, air terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, mengakibatkan suhu badan jadi rendah, kembung dan sawan tarik.

Sunday, July 4, 2010

gambar2 terbaru..hehe

gambar chest freezer brand media rm650 kat kedai letrik area sri gombak..kene rajin usha2 kat situ nak dapat the best prize..hehe harga asal yang dia letak kat freezer ni kalau xsalah rm800+..


 susu yang baru di perah..rezeki untuk adam..simpan buat stok tuk masuk nursery nati..



ni gambar dari atas..sempat tumpang buat ais..hehe barang2 lain kat peti ais 1 lagi..yang ni asing tuk susu ibu untuk adam..

stok yang baru di kumpul..xdela banyak mana lagi..nak kene kerapkan sesi pumping lagi..hi..hi..hi

mesin jahit..dah siapkan langsir untuk tok adam..langsir raya yang di sponsor oleh mama adam n di jahit oleh mama adam jugak..hepi la tok dapat langsir baru yang siap di jahit sekali tu..
gambar yang di ambil masa family day abang iapar my husband dekat kompleks sukan negara yang lama kat shah alam..tema hijau..hehe