Aku jadikan susu manusia utk anak manusia dan Aku jadikan susu haiwan utk anak haiwan...

cinta antara kami

cinta antara kami
semoga kemesraan ini kekal berpanjangan

welcome

Selamat datang kepada mereka yang sudi menngunjungi blog ini. Terima kasih daun keladi.lain kali datang lagi ye?
Lilypie Breastfeeding tickers
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"

Monday, July 5, 2010

baby eksklusif breastfeed tak perlu air masak

Untuk 6bulan penyusuan susu ibu secara eksklusif baby tak memerlukan air masak.Di dalam susu ibu 88% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada
susu awal (foremilk) untuk hilangkan dhaaga&susu akhir
(hindmilk) untuk megenyangkan bayi.Naluri semulajadi manusia minum
kerana dahaga,maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada
bayinya melalui susu awal (foremilk)yang mengandungi lebih air&laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandugan lemak
tinggi) yang akan mengeyangknya.

 

mitos benar pasal air masak dan formula bagi bayi kurang 6 bulan;

1. Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kpd pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.

2. Tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat..

3. Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit.

4. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

5. Bayi yang menghidap jaundis, air yang terlalu banyak boleyh merencatkan akal manakala bagi yang berusia di bawah 5 minggu, air terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, mengakibatkan suhu badan jadi rendah, kembung dan sawan tarik.

No comments:

Post a Comment